E-Jurnal

Penyakit Jantung

Picture
Picture

Serangan Jantung

Serangan jantung adalah suatu keadaan ketika kerosakan dialami oleh bahagian otot jantung (myocardium) akibat mendadak sangat berkurangnya bekalan darah ke bahagian otot jantung. Berkurangnya bekalan darah ke jantung secara tiba-tiba dapat terjadi ketika salah satu nadi koroner ter sekatan selama beberapa saat, entah akibat spasme - mengencangnya nadi koroner - atau akibar pergumpalan darah - thrombus. Bahagian otot jantung yang biasanya di pasok oleh nadi yang terblokade berhenti berfungsi dengan baik akan selepas splasme reda dengan sendirinya, gejala-gejala hilang secara menyeluruh dan otot jantung berfungsi secara betul-betul normal lagi. Ini sering disebut crescendo angina atau coronary insufficiency. Sebaliknya, apabila bekalan darah ke jantung terhenti sama sekali, sel-sel yang bersangkutan mengalami perubahan yang kekal hanya dalam beberapa jam saja dan bahagian otot jantung termaksud mengalami penurunan mutu atau rosak secara kekal. Otot yang mati ini disebut infark.

Gejala Serangan Jantung

Gejala-gejala ini untuk setiap orang biasa berbeza. Sebuah serangan jantung mungkin bermula dengan rasa sakit yang tidak jelas, rasa tidak nyaman yang samar, atau rasa sesak dibahagian tengah dada. Kadang-kadang, sebuah serangan jantung hanya menimbulkan rasa tidak nyaman yang ringan sekali sehingga sering disalah tafsir sebagai gangguan pencernaan, atau bahkan lepas dari perhatian sama sekali. Dalam hal ini, satu-satunya cara yang membolehkan terdeteksinya sebuah serangan jantung adalah ketika harus menjalani pemeriksaan ECGuntuk alasan lain yang mungkin tidak berkaitan. Dipihak lain, serangan jantung mungkin menghadirkan rasa nyeri paling buruk yang pernah dialami - rasa sesak yang luar biasa atau rasa tersepit pada dada, tekak atau perut. Bisa juga mengucurkan keringat panas atau dingin, kaki terasa sakit sekali dan rasa ketakutan bahawa ajal sudah mendekat. Juga mungkin merasa lebih selesa bila duduk dibanding bila berbaring dan mungkin nafas begitu sesak sehingga tidak boleh santai. Rasa mual dan pusing bahkan sampai muntah, bahkan yang lebih para iaitu ketika sampai kolaps dan pengsan.

Ada beberapa gejala yang lebih spesifik, antara lain:
     * Nyeri. Jika otot tidak mendapatkan cukup darah (suatu keadaan yang disebut iskemi), maka oksigen yang tidak memadai dan hasil metabolisme yang berlebihan menyebabkan kram atau kejang. Angina merupakan perasaan sesak di dada atau perasaan dada diremas-remas, yang timbul jika otot jantung tidak mendapatkan darah yang cukup. Jenis dan beratnya nyeri atau ketidaknyamanan ini bervariasi pada setiap orang. Beberapa orang yang mengalami kekurangan aliran darah boleh tidak merasakan nyeri sama sekali (suatu keadaan yang disebut silent ischemia).
     * Sesak nafas merupakan gejala yang biasa ditemui pada gagal jantung. Sesak merupakan akibat dari masuknya cairan ke dalam rongga udara di paru-paru (kongesti pulmoner atau edema pulmoner).
     * Kelelahan atau kepenatan. Jika jantung tidak efektif memompa, maka aliran darah ke otot selama melakukan aktiviti akan berkurangan, menyebabkan pesakit merasa lemah dan lelah. Gejala ini seringkali bersifat ringan. Untuk mengatasinya, pesakit biasanya mengurangkan aktivitinya secara berperingkat atau mengira gejala ini sebagai sebahagian daripada penuaan.
     * Palpitasi (jantung berdebar-debar)
     * Pusing & pengsan. Penurunan aliran darah kerana denyut atau irama jantung yang abnormal atau kerana kemampuan memompa yang buruk, boleh menyebabkan pening dan pengsan.