E-Jurnal
 
24) Reaksi 'aku' adalah 'aku' memutar stereng dan menejan brek keretaku.

25) Dua bukti adalah, pertama, 'aku' menyedari daripada lamunan selepas mendengar hon kereta. Bukti kedua ialah kereta 'aku' bergerak simpang-siur.

26) 'aku' berasa bosan dan malas hendak mendengar penerangan. Bukti pertama ialah, 'aku' penat mendengarkan hujah yang berjela-jela. Dan kedua adalah, dia akur kepada penerangan penunggang motosikal itu.

27) Dua sebab keadaan sekitar boleh menimbulkan bahaya kepada 'aku' ialah, sebab pertama ialah, di jalan raya itu, kenderaan bergerak laju dan mengekori kita dengan dekat. Sebab kedua ialah, cuaca panas yang terik akan membuat 'aku' lekas berasa letih dan hilang tumpuan ke jalan raya.


28) Dua sebab 'aku' berasa bersalah terhadap Osman ialah, pertama 'aku' sangka bahawa Osman akan tentu menghamun 'aku' selepas dia berhenti di depan keretaku. Tetapi Osman tidak memarahi 'aku' dan memberi nasihat dan penerangan tentang keselamatan jalan raya. Sebab kedua adalah, 'aku' memikir bahawa Osman akan mengambil kesempatan 'aku' yang penat untuk mencuri wang 'aku' semasa dia menawarkan bantuan untuk memeriksa kereta 'aku'. Tetapi dia tidak ambil apa-apa selepas selesai memasang suis lampu brek yang rosak. Dia pun tidak menerima habuan yang diberi 'aku' dan dia menolong 'aku' secara ikhlas. 

29) mendadak - berhenti secara serta-merta

28) disondol - merempuh

29) hujah yang berjela-jela - keterangan yang panjang




Leave a Reply.